*/

Memory.. Little threads that hold life's patches of meaning together. ~ Mark Twain

Tuesday, September 20, 2005

Memasang Windows XP Bahasa Melayu

Disebabkan klien project saya sekarang memerlukan Bahasa Melayu, saya terpaksa memasang pek Windows XP Bahasa Melayu.

Saya rasa amat kekok sekali.. Sudah bertahun-tahun saya menggunakan Bahasa Inggeris dalam komputer saya, tetapi sekarang saya rasa tak biasa pula. Saya pula ketawa sebab translasinya amat kelakar, seperti "download" = "muat turun", "interface" = "antara muka", "back" = "ke belakang", "home" = "rumah". Saya amat jahat, bukan? Saya rasa Bahasa Cina agak kelakar juga, seperti "menu" = "cai dan" (translasi terus dalam Bahasa Cina ialah "menu makanan").

Tetapi, kenapa tidak ada translasi untuk "edit"? Macam mana nak translasikan perkataan "filter"? Sila tolong! Terima kasih!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home